BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 7 October 2011

FREE HAIR AND WEARING HIJAB

HI, ASSALAMUALAIKUM =)


Ini just pendapat seorang gadis yang tak terlalu matang, tapi nak memperbetulkan kritikan segolongan manusia yang berkata-kata tanpa memikirkan perasaan orang lain. Tak salah jika nak menegur seseorang untuk berubah tetapi bukan memalukan ataupun memandang rendah. 
*I should stand for this topic because i one of them, mybe. hmm


Memang semua wanita umat Islam diwajibkan memakai tudung. Dunia moden sekarang, pelbagai jenis tudung serta selendang yang dikeluarkan pasaran, juga menarik perhatian untuk remaja, para dewasa ataupun yang berumur untuk memakai tudung. Begitu juga dengan fesyen yang bermacam-macam cara digayakan. Aku akui, itu juga salah satu sebab aku lebih tertarik dengan gaya bertudung dan BOLEH MENUTUP AURAT.
Akan tetapi, ada juga mulut-mulut yang ermm kurang elok mengutuk juga wanita yang bertudung dengan mengata bahawa :
- Alah dia pakai tudung sebab keluarga paksalah tu.
- Mesti dia pakai tudung sebab reambut dia buruk. hahaha!
- Pakai tudung tapi perangai macam tu jugak.
- and so so so on . . . .


Walaupun aku bukan seorang yang full memakai tudung, at least, Tuhan buka hati aku untuk berubah. Memang jiwa remaja yang terlalu terikut-ikut (nak buat itu, nak try yang ini) aku masih kuat. Aku memakai tudung bukan kerana fesyen, fesyen itu terletak di tempat ke-tiga. Bertudung kerana itu sesuatu kewajiban dalam Islam, ke-duanya kerana keluarga, diri aku, dan orang yang aku sayang sekarang, ke-tiga barulah fesyen yang aku terikut. Dengan gaya di majalah2, rakan2 yang cantik bertudung, nampak sangat kemas dan awsome bagi aku. Kekadang aku malu kalau tidak bertudung.
Bukan parents aku tak menegur, mereka tegur, tapi bukan memaksa, physco aku dari segi fikiran. Dengan Mama yang tek pernah larang aku membeli segala jenis shawl sebab aku nak pakai. Alhamdulillah aku boleh berubah dengan hati terbuka..
Aku juga seorang yang free hair. Kadang tu aku pakai tudung, kadang tu tak. Kan aku kata, diri remaja lama aku kuat lagi. Bukan nek berlagak dengan apa yang kita ada. Tapi cuma jiwa dan perasaan aku ni je.


Okey, cerita pasal FREE HAIR. Aku sangat sangat terasa bila ada yang berpotpet tentang gadis yang free hair. Kita tak boleh memandang sahaja dan memberi tanggapan yang buruk kepada wanita tidak bertudung. Tak salah menegur, tapi bukan mengkritik hebat kepada wanita free hair. Kenapa aku kata macam tu? sebab banyak dah yang aku nampak orang mengutuk wanita yang tidak bertudung, antaranya ;
- yang tidak bertudung itu jahat
- yang tidak bertudung itu tak tahu malu
- yang tidak bertudung itu perasan cantik
- yang tidak bertudung itu tak layak menjadi isteri solehah
- macam-macam lagi.........


Kenapa kena beri tanggapan macamtu. Enough laa. semuanya nak salah kenapa? Pakai tudung nak kutuk, tak pakai sah sah lah kena mengata kaw kaw kan. Hmm so nak jadi macam mana yang tak kena mengata eh? Before kata apa-apa, fikir jugak. Yelah, aku pon kekadang terkutuk jugak kata "orang" itu dah over sangat kan. haha. but ada limit dia beb. Kesian lah kat manusia tu. Sebab aku pon salah sorang daripada mereka. Sakit je telinga and hati bila kena macamtu tau. even tempiass je. 


Ok, memang lah  dosa kalau tak menutup aurat, tapi bukan dia tak tahu hukum Islam, bukan dia tak tahu beribadah, bukan dia tak tahu semua. Kenapa? dari kamu mengutuk yang tidak bertudung,lebih elok bawa si dia dan ajar dia untuk berubah. kan lebih elok dari REJECT tak tentu pasal. sedih sangat bila ada yang mengkritik macamtu. Tak semestinya Yang tidak bertudung itu JAHAT. tak. sebab aku pun pernah tak pakai tudung langsung. Jahat ke aku? hmmm.
* sebab masa aku duk online FB, tiba2 naik post sorang budak lelaki pandang rendah gilaa kat one girl tu sebab tak bertudung. haa, memang aku fight lah. kenapa perlu nak reject, tolong ajar dia untuk berubah, bukan REJECT der. okey? erhh -.- (sorry beb)


Pada aku, terpulang pada individu itu. Yang mana elok, ikut lah. tapi janganlah kutuk ke apa ke. Hmm. Apa kata kalau dia ada pakai tudung, then puji dia, biar ikhlas oke. Kalau tak pun, ajar dia bergaya dengan tudumg. kan ada banyak cara nak tarik minat bertudung tu. tak tau lah kalau idea aku ni salah. Myb ada kata, buat apa orang tu pakai tudung semata-mata gaya fesyen? ermm, actualy, tak salah kot untuk peringkat awal. Itu cuma pandangan sahaja. Tapi seriusly, aku tak suka orang salah anggap pada wanita yang bertudung ATAU tidak ATAU kedua-duanya. 


i'm not perfect, you are not perfect so. WE are not perfect enough, and never. 
Be nice is more better :)


sorry kalau tersilap kata or pandang :)