BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 19 August 2011

AM I MATERIALISTIC?

Hai my sayang sayang..

Aku ada baca entry kawan aku MADIHA ILHAM  namanya. dia menceritakan tentang tentang pentingnya duit sekarang. Aku siap like lagi. hehe.

DAN, my lovely classmate iaitu ZATTY ATY pun mengajak aku memblogkan topic ini dengan idealogi tersendiri, kami tak tiru, tak tak, cik Madiha, jangan saman ye, kami cuma tertarik dengan entry kamu. lebih elok mengeluarkan pandangan sendiri daripada copy and paste, like what the hell. haha.

You should have to read this blog! 
bisnes,duit dan lelaki  it awsome babe !

Yes! i agree with it ( apa yang aku agree? baca lah link atas tu ), dalam dunia sekarang semua perlukan duit.  Semua nak duit, duit, duit. Bak kata baba aku, "nak masuk toilet pon kena bayar tau!" 


Kalau dulu Mama aku kata "SEPULUH SEN pun cukup bernilai, kutip kalau nampak. Sekarang nilai sekecil itu dipijak sahaj di tepi jalan jika tercicir". Manusia dan pembangunan yang makin maju memandang wang itu segalanya. 


OK aku rasa dah terpesong sikit.


mamat ni siap baling-baling duit lagi!


Back to the topic Puteri !

Look, nowadays tak terlalu hairan jika wanita memilih pasangan mereka. Lagi pun nisbah lelaki lebih kecil nak dibandingkan dengan perempuan. Kaum Hawa akan lebih bijak memilih dan mencari jodoh yang sesuai. Tuhan yang menentukan, kita sebagai umat-Nya, berdoa supaya dapat yang elok dan boleh di jamin. hehe

DUIT ATAU LELAKI? 

I choose both! auumm! haha. why? hurmm why oh? 

Lelaki itu adalah seorang suami kelak, suami yang dijodohkan oleh ALLAH. semua inginkan yang terbaik, aku pun. Yang boleh menjaga nafkah, zahir batin aku, boleh mendidik ajaran agama pada aku etc.. 

Duit pula penting bagi aku untuk menjamin kehidupan aku dan bakal suami aku dan kemudian keluarga kami. InsyaAllah. aku masih muda nak fikirkan tu.

kite zOOm in apa yang aku maksudkan >>

Tapi kenapa aku kata duit itu penting? cuba kita ulas kembali apa yang Cik Madiha katakan, boleh ke dengan hanya meluahkan isi hati dan kasih sayang kita dapat membayar bil-bil, rumah, makan minum? jawapan aku TAK. semua itu kita perlukan duit. WANG. Bukan aku kata aku ni gila duit. Bukan... Aku maksudkan aku inginkan kehidupan itu adil.. Jika kita berduit, dan Suami kita juga mempunyai duit, it will be fair. 

Aku tak akan letak beban tanggungjawab itu atas bahu suami aku nanti. tak! Baba aku dah melatih aku cara hidup kelak. Aku simpan dalam-dalam nasihat dan tunjuk ajar dari kedua ibu bapa tercinta aku.

Kalau kita mempunyai suami yang tidak mempunyai duit, (pemalas) apa jadi pada hidup kita? Suami perlu berkerja untuk menampung ahli keluarga, loan rumah, kereta. haha. Aku pula perlu berkerja kerana aku penat belajar ilmu pengetahuan, tak mungkin aku akan menjadi suri rumah kelak. TAK! Duit gaji aku lah yang akn aku beri  makan pada anak dan suami nanti.  Itu lah pentingnya duit pada mata aku. So, taklah hanya seorang yang menanggung keluarga, yang lagi sorang goyang kaki. Amboii. Lain cerita kalau kaya macam Datuk K. =)

Pada aku, kalau dah kawin, nak minta apa-apa pada suami, jangan terlalu over. Sama-sama baru hidup, berjalan pun masih terpapah, jangan terlalu obses. 
Aku pernah bertekak dengan si pengarang jantung aku, dia seperti mengatakan aku terlalu materialistik, sebenarnya tidak.. Dengan apa yang aku katakan, ada maksud sebaliknya. Bukan bermaksud aku cerita tentang sesuatu, atau aku meminta sesuatu bermaksud i'am too desprate u give to me. Tak sayang ku, ada rezeki, adalah. I just want my future husband have a good looking person, and have a money to stand for himself and second is me! :)

Duit yang dicari itu mestilah bersih, mestilah jujur. Jangan makan gaji buta, tak kemana duit itu nanti. Bila kita ada rezeki lebih, jangan sesekali kita kedekut atau lupa pada orang yang memerlukan. Jangan bongkak pada keluarga yang lain. Itu nasihat Baba aku. 

dah tua nanti boleh belek duit macamni je. HAHA

Baba aku selalu pesan, kalau kita ada sedikit harta, ada pelajaran, ada ilmu agama, tambahkan lagi dengan menjaga paras rupa yang dah diberikan  dengan sempurna cuma perbetulkan diri, lengkapkan diri dengan iman, pelajaran, jawatan dan bijak bergaya, InsyaAllah, Jodoh itu baik. 
Aku pegang kata-kata seorang bapa yang aku sayang. Dia seorang bapa aku, apayang dia pesan, itulah akan aku ikut, sebab setiap katanya penuh kebaikan :'(
Mama aku pula sentiasa memastikan anak-anak dia sentiasa kemas, sopan. Setiap baju yang dipakai mesti yang terbaik. Setiap anak disiapkan dengan penuh sempurna supaya kami menjadi manusia yang berguna. Semua itu menggunakan duit. Baba Mama aku banyak menghabiskan duit hanya untuk kami anak perempuan mereka.
Merekalah Dunia, Merekalah Akhirat.

Ermm jangan lah takot nak masuk minag pula eh. HAHA.. have a nice days... :)


ada rezeki lebih baru lah tunaikan impian nak ada kereta mewah 
dan rumah seindah mcm bawah ni. kan?






sekarang pakai apa yang mampu, dah cukur syukur. Alhamdulillah





Monday 15 August 2011

TOMORROW by AVRIL LAVIGNE

And I wanna believe you,
When you tell me that it’ll be ok,
yeah I try to believe you,
But I don’t

When you say that it’s gonna be,
It always turns out to be a different way,
I try to believe you,
Not today, today, today, today,(backround singer)today...

[Chorus:]

I don’t know how I’ll feel,
tomorrow, tomorrow
I don’t know what to say,
tomorrow, tomorrow,
yeah, it’s a different day,
tomorrow,

It’s always been up to you,
It’s turning around,
It’s up to me,
I’m gonna do what I have to do,
just don’t

Gimme a little time,
Leave me alone a little while,
Maybe it’s not too late,
not today, today, today, today, today...

[Chorus:]

I don’t know how I’ll feel,
tomorrow, tomorrow
I don’t know what to say,
tomorrow, tomorrow,
is a different day

Hey yeah yeah, hey yeah yeah, and I know I’m not ready,
Hey yeah yeah, hey yeah yeah, maybe tomorrow

Hey yeah yeah, hey yeah yeah, I’m not ready,
Hey yeah yeah, hey yeah yeah, maybe tomorrow

And I wanna believe you,
When you tell me that it’ll be ok,
Yeah I try to believe you,
Not today, today, today, today, today...

Tomorrow it may change [4x]






Friday 12 August 2011

SAYANGI INSAN YANG ADA DIDEPAN MATA

Orang kata kalau ingin bahagia, jangan mengejar orang yang kita sayang, malah, terima seadanya orang yang telah menyayangi kita. Aku noob dengan semua ini. Tapi bila aku fikirkan kembali, benar juga kata-kata orang disekeliling aku ni. Pada pendapat aku, ada beberapa sebab mengapa kita tidak mengejar orang yang kita sayang, dan sebab mengapa kita harus menerima seadanya insan yang sayang pada kita pada hari ini.

Apa yang dimaksudkan dengan “jangan mengejar orang yang kita sayang”..? kalau tidak kejar, tak dapat kah sayang itu? Allah telah kurniakan umatnya berpasangan Adam dan Hawa. Juga ada pepatah berbunyi, tak lari jika gunung itu dikejar. Tapi mengapa ada yang berbisik jangan mengejar cinta itu? Biar ia datang dengan sendirinya, bukan cara kita mencari cinta dan sayang itu… pendapat aku ialah, jika kita kejar punya kejar seseorang tu sebab nak dapatkan sayang dia dan cinta dia, belum tentu dia dapat bahagiakan kita macamana kita nak.. kan? Kenapa perlu mengejar sesuatu yang belum tentu kita dapat untungnya? Mungkin ada yang mengejar cinta itu, dan Berjaya memilikinya, tapi kekalkah hubungan itu? Probability untuk bahagia itu memang ada, InsyaAllah. Tapi kadang-kadang ada juga yang berlaku seperti ; bila kita beri kasih sayang pada dia dengan penuh perasaan dan kejujuran, kemudiannya dia meninggalkan kita tanpa menjaga perasaan kita dan tidak menghargai secebis pun kasih saying kita. Ada kemungkinan juga kan? Kerana kita yang mengejar dia, bukan sayang dan cinta itu datang sendiri, tapi kita yang mencari dan kita menyayangi dia lebih dari dia menyayangi kita. Umpama bertepuk sebelah tangan gamaknya.

Dan apa pula yang dikatakan “terimalah dengan seadanya insan yang telah menyayangi kita”… insan yang datang sendirnya dalam hidup kita, mungin itu dinamakan jodoh yang Tuhan turunkan. Kita tidak mencari, kita tidak mengejar, tetapi dia datang dengan penuh makna dalam diri kita. Bak kata pepatah, bagai bulan jatuh keriba nikmat yang diberi. Mungkin itu jodoh, mungkin juga tidak. Hanya Allah yang mengetahui. Janganlah ditolak kehadiran insan yang hadir tanpa diundang itu kerana ada hikmah dengan hadirnya dia. Terimalah dia dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Mungkin dia akan menyayangi kita bagaimana kita inginkan. Who  know’s  babe =) syukur dengan apa yang ada didepan mata lebih baik dari mengejar sesuatu yang tidak pasti. Jangan nanti yang dikejar tak dapat manakala yang dikendong itu pula berciciran. Rugilah hidup ini dengan hadirnya jodoh didepan mata.

Hargai dengan nikmat yang diberikan, malah kejujuran itu perlu ada dalam diri setiap manusia.  Bila adanya kejujuran serta keikhlasan terbitlah kesetiaan kemudiannya wujudnya kasih sayang dan berputik rasa cinta dalam hati barulah kebahagiaan itu hadir. Didalam kehidupan, kita tidak perlu tergesa-gesa ataupun gelojoh, dalam kata kasar tak reti sabar. Doa itu penting supaya ALLAH kurniakan insan yang terbaik dalam hidup kita didunia hingga ke akhirat. InsyaAllah, AMIN. =)


HONESTY BRINGS HAPPINESS 



entry ini direquest oleh kawan Puteri ;
M. Khairul Helmy

Monday 8 August 2011

APA BESTNYA BERBLOG NI?

hello there! hehe



haa, moh ler nak potpet sikit apa yang syok sgt blog-berblog ni eh? ini pada pendapat aku lah, sorry lah kalau ada yang kata ;
: eeee, mana ada. memandai je kau
: oh hello, i tak macamtu pon oke??!
: itu engkau, aku nak famous sebab tu ada blog
: layak ke kau? tak hot pon oke (whatever)
: ade aku kesah ke?
: kau cakap macam kau bagus en?
: blaa..blaa.blaa..

Ngehh, tak apalah awak, saya ulas je ape yang terpantul dari kepala ni haa. 

Pada aku, blog ni terbuka pada semua orang yang suka nak share apa-apa. contoh nya ;
: vacation
: food
: sekolah / Universiti
: program yang bestt!
: pendapat 
: petua / masakan
: fesyen / gossip
: perasaan
: macam macam derr..


bila kita duk potpet tentang benda yang fresh! for sure orang tertarik nak baca. Macam aku lah orangnya, aku tak akan penat membaca walaupun post dia sangat panjang berjela-jela. Ya ampun, tapi sebab cara dia taip, ayat ayat bombastik perghh, aku jadi makin nak baca, nak tahu, nak paham. semua lah! 

Macam petua, aku sukaa.. dalam waktu yang sama, aku dapat belajar jugak...
Fesyen? aku lagi sukaa.. dapat tengok muka2 yang comel macam Fatin Liyana. OMG, i adore she. herrrr.. geram aku!


So terbuka kepada semua kan? macam aku ni, aku suka nak membebel. Kadang kadang tu aku terfikir something, dan aku mulalah memPOTPETkan diri dalam blog. ye ye aku baru mengorak langkah dalm blog ni, but it so Awsomee.. even aku belum ada ramai follower, tapi aku happy gila. Rasa macam dalam dunia akuu sahaja, ceewahh!

AKU MINTAK MAAF LAH KALAU ADA AKU TERBLOGKAN YANG MEMBUAT ORANG DISEKELILING TERKUCIL HATI. tapi itu hanya pendapat aku. Mostly aku post yang ada kaitan dengan aku. ahaaa! GEDIK GITUU. 

blog is the best thing untuk haku, lagi lagi bila kita nak merepek dengan pandangan kita, tapi sumpah aku tak akan berani membuka tirai tentang Politik, Agama ataupun yang boleh downkan aku balik. mybee adalah sikit2, tapi buka topik yang besarrr gila aku share. Sebab aku pon tak pakar sangat dalam hal-hal sedemikian. Olehkerana ( pehh aku guna ayat buku eh ? ) aku suka nak merapu dalam blog, aku harap orang selesa, aku nak jadi mcm orang lain yang blog dia KEBABOMM pehh syokk! TAHNIAH diucapkan. muahh! 

Apa apa pun, blog sangat serasi dengan aku, dah jadi sahabat karib. semua aku bebel kat sini.. winkk. 

ok daa... xoxo

KALAU AKU SEORANG LELAKI

Hello dear =)

ye ye, aku tiba-tiba terfikir kalau aku seorang lelaki, apa aku buat. Rosakkan diri dengan dadah, rokok, merempit, mencuri, menghancurkan hati orang lain, etc? Kalau aku jadi lelaki, apa yang aku buat dengan kekuatan lelaki aku ni. Hmm pada keluarga? diri sendiri?  kawan? kekasih hati? 

jom kita godeh kalau lah aku lelaki, boleh ke aku handle dengan gelombang dunia sekarang?

jika aku anak lelaki dalam KELUARGA ;
Sure lah aku akan jadi anak yang baik, soleh. Kalau aku anak first, besar tanggungjawab aku. Takkan aku nak kecewakan harapan keluarga, kan? Aku kena uruskan adik-adik aku yang berderet kat bawah aku. Sebagai abg, sure aku mesti tunjukkan perangai yang baik. Aku kena belajar sampai berjaya, kalau boleh sampai Master, phD apa lagi ??? haha. aku tak nak jadi anak lelaki yang menghancurkan harapan keluarga.
kalau kau seorang lelaki, tak ke bangga?

jika aku seorang lelaki dalam BERKAWAN ;
Sure lah aku jadi kawan yang baik, gila2, tapi amek berat pasal kawan kawan aku semua. Ye lah, kawan ni banyak ragam dia kan? tapi aku tetap akan kuatkan iman, dan pendirian aku. kalau aku lelaki, aku tak boleh cepat terikut cara mereka. Aku tak nak belajar merokok even sekali sebab akan merosakkan diri aku dan masa depan. Kalau aku lelaki, aku akan jadi team member yang the best lah. Tak main khianati2 ni. Tak syok.. Better jadi kawan yang happy go lucky tapi ke arah yang betul. Semua orang akan suka dengan cara kita yang ikhlas dan jujur =)
kalau kau seorang lelaki, tak ke seronok?

jika aku pasangan lelaki kepada KEKASIH HATI ;
haaa part ni mesti panjang berjela-jela aku taip. haha. Kalau aku ni boyfriend lah kan, sure lah aku akan lagi faham perangai buah hati aku tu. sebab perempuan ni mudah terasa. Kalau aku lelaki, aku mesti dengar apa je yang dia nak luahkan kat aku, sebab kat aku jelah dia boleh lepaskan semua sakit dalam hati dia. Aku akan buat semua untuk dia sebab aku tahu dia setia, jujur, sayang pada aku. Kalau aku seorang lelaki, aku akan jadi yang terbaik untuk buah hati aku tu.. Hati dia aku jaga elok-elok sebab aku tahu kalau sekali aku lukakan, sedih dia fuhh mendalam. Kalau aku seorang lelaki, aku tak akan musnahkan harapan dia sebagai kekasih hati aku dan aku akan pujuk dia walaupun aku letih dengan perangai manja atau mengada-ngada. Tapi aku tahu itulah seorang wanita bila dihadapan orang yang dia sayang. Kalau aku seorang lelaki, aku akan cuba fahami diri dia sedalam yang mungkin dan aku tak akan curang pada dia walaupun SEKALI. Kerana hati wanita tulus bila menyayangi seseorang dan akan musnah bila dikecawakan. Aku akan jaga dia dengan sempurna sebab aku tahu dia ikhlas dan jujur dengan aku, sebab nampak ikhlas dari air muka si dia =)
kalau kau seorang lelaki, tak ke kau rasa dihargai?


tapi, itu semua KALAU AKU SEORANG LELAKI. tetapi, ALLAH ciptakan aku sebagai seorang wanita, Alhamdulillah. alangkah bahagianya aku kalau kaum Adam tahu isi hati seorang ayah, ibu, sahabat dan juga kekasih hati. Bukan mudah nak jadi lelaki yang baik, tetapi jangan tersilap langkah. 

Syurur Alhamdulillah saya mempunyai BABA yang penyayang, ABG IPAR yang sporting, HERO(anak buah) yang manja, dan BUAHATI yang penyabar. ILOVEYOU =)


gambar hiasan semata-mata. hee ^_^

PENTINGNYA PASSWORD

hey babes :)

Ni ha nak share sikit pasal password. Apa tu password? sure lah satu kata kunci yang disettingkan supaya lebih selamat supaya orang yang tertentu jee boleh bukak peribadi kita dengan password tuu.

Samalah macam MySpace, Friendster, Facebook, Twitter, Skype, Blog etc lah kan.. Semua tu perlukan password. Nak ke orang luar selongkar hak kita? Sure taknak kan? So better buat password yang orang lain tak senang nak trick and login kita punya peribadi.....

Bila dah ada password, kena lah ingat password kita tu.. kot iya pon taknak orang lain tahu kita punya password, janganlah letak panjang berjela-jela sampai diri sendiri terlupa! opss! kan dah susah, ye tak? better amek yang easy but tak senang orang dapat tahu. Pepandailah kan.

Password ni umpama sahabat karib kita, sebab dia yang jaga kita.. Tapi, aku peliklah bila ada yang senang-senang je duk bagi password pada orang lain. Tak kiralah kawan baik ke, boyfriend ke girlfriend ke. Hmm.. Lainlah kalau husband and wife.. they should know, tapi tak semestinya, kalau dah sayang and percaya, tak payah nak tahu password segala ni kan?

Ni haa yang ada couple ni, sorry beb, aku tak kesah kalau nak bagi password tu pada pasangan, tapi kadang-kadang menyusahkan orang lain.. For example ;

    aku nampak kawan lama aku tengah On IM dia, sure aku tegur kan.. Dengan petah aku membebel kata woii lama tak jumpa kau kat mana sekarang? bla bla bla... tiba-tiba yang reply tu pasangan dia. dengan agak sombong --> hmm "tutt" tak ada, ni pakwe dia, tanya nanti-nanti lah. lain kali tanya lah dulu siapa ni<--   

AMBOII, aku sabarr je.. buat apa aku nak tanya siapa niiii? sedangkan terpampang itu adalah wall kawan aku. aiseyy bro, agak lah sikit.. mcm tu wall kau je kan.. ishh.. aku tak marah kawan aku, tapi,,, hmm geram kat bf dia. ade je aku celup dalam coklat jap lagi. haha.
geramkan?

yelah yelah, aku tahu lah bila bagi password kat pasangan, nanti pasangan kita boleh cek, kot kot tercurang ke.. tapi kalau dah sayang, jujur, buat apa nak takot? come on bebeh.. kalau hati tu jujur, tak ada maknanya nak risau kalau si dia tu pergi layan orang lain, kecuali dah GATAL sangat. 

bagi aku, aku lagi suka berWALL antara kawan-kawan. so semua nampak.. IM and INBOX aku err malas nak layan sangat, sebab tak suka nak hide-hide. =)

Another thing is, bila kita bagi password kat pasangan kita, nanti mulalah nak control life kita.. haiyaa... Kawan ni tak boleh, kawan tu tak boleh, jeles sana sini, REMOVE friend list tanpa bagitahu. EH! ini siapa punya hak ni? tu lah padahnya. Tak kan lah nak bagitahu semua semua semuaaaa kat dia? belum tentu dia bagitahu semuaaa kat kita beb.. Macam kita ni penipu besar je dia nak cek cek, macam poliss pulaa. haha. nanti dah putus macamana pula? kalau malang nasib dah tak boleh tuka lagi password, tak ke nyesal?
kesiankan?




The moral of story, percaya lah pada pasangan dan simpan password itu elok-elok kawan.

Sunday 7 August 2011

ADA APA PADA PARAS RUPA DARIPADA HATI YANG IKHLAS?

ALLAH cipta setiap manusia dengan paras rupa tersendiri. ada yang kelebihannya pada parasrupa yang cantik dan kacak. Alhamdulilah aku dikurniakan sempurna, tidaklah lah lawa, tak jugak buruk. Sempurna sahaja.
ALHAMDULILLAH

Tapi, apa guna kalau muka duk cantik, kacak tapi hati tak secantik dan sekacak macam paras rupa. Betul tak? Orang kanan kiri duduk pulun puji ;
-muka cantik lah.
-eee handcome nyaa dia!
-awak ni comellah
-HOTnya mamat tu
-muka artiss tuuu.
atau apa2 jelahkan. Kita dah selalu dengar semua tu. Memang ramai manusia didalam dunia ni semuanya cantik2 belaka, warga Malaysia mmg cantik :).
tak bangga ke?

Aku bukan nak mengutuk, tapi nak beringatkan sikit je lah.. kalau muka tu dah ALLAH kurniakan dengan kelebihan, so hati tu pun mestilah seindah muka, tak gitu ke? tak semua aku kata muka cantik tapi hati tak.. Tak semua, berapa kerat je.. Sebab aku ada je rapat atau kenal dengan orang-orang yang cantik, kacak. Ada tu cantik dalam dan luar, ada yg luar je, dalam tak. Ishh macam tak seronok kan. Kalau muka dah hot, tapi hati tu tak berapa nak ikhlas, ish kawan pon lari kot..
tak malu ke?

Biar keindahan itu dari luar hingga kedalam :) haa ada juga yang duk pilih sakan kawan yang sama macam dia jugaa.. HOT sesaje. ishh.. susah lah kalau macamtu, kita kenalah kawan dengan semua, tak semestinya yang muka biasa tu tak baik, mungin tebih baik dari yang ada paras rupa tu. kan? Jangan menilai manusia dari luaran sahaja.

yelah yelah, kadang-kadang aku kesian tenguk kawan yang biasa tu ditolak tepi, kalau aku kat tempat mereka, mesti sedih, malu semua ada. Sebab aku pernah alami dahulu. Bila kita ditolak ketepi, mulalah rendah diri dan tak confident. Sedangkan meraka pun manusia, nakkan kawan-kawan. Ni tak, yang HOT nak dengan HOT sahaja. ishh apalah.
tak kesian ke?

TAPI ada juga yang hot tu duk mengata pada hit yang lain. hehe erti kata lain jealous lah kan? gini pon ade yekk. tapi, aku ni tak ler bagus sangat, but i friend with all. Ada juga yang aku tak kawan, mungkin bersebab.

Lagi satu, ada juga yang mempergunakan paras rupa itu dengan mengayat orang sekeliling, kemudiannya tinggalkan gituu aje. aihh! ni sudah lebih lah kan. Tak baik tau. KOt ye pon muka tu cantik, kacak, tapi janganlah memainkan perasaan orang sekeliling. HMMM hairan gila aku. macam2 perangai kan? tapi, syukurlah dengan wajah yang dikurniakan oleh-NYA. TAPI jangan pula disalah guna.
biar rupa tak cantik asalkan hati tu ikhlas dan jujur =)