ALLAH cipta setiap manusia dengan paras rupa tersendiri. ada yang kelebihannya pada parasrupa yang cantik dan kacak. Alhamdulilah aku dikurniakan sempurna, tidaklah lah lawa, tak jugak buruk. Sempurna sahaja.
ALHAMDULILLAH
Tapi, apa guna kalau muka duk cantik, kacak tapi hati tak secantik dan sekacak macam paras rupa. Betul tak? Orang kanan kiri duduk pulun puji ;
-muka cantik lah.
-eee handcome nyaa dia!
-awak ni comellah
-HOTnya mamat tu
-muka artiss tuuu.
atau apa2 jelahkan. Kita dah selalu dengar semua tu. Memang ramai manusia didalam dunia ni semuanya cantik2 belaka, warga Malaysia mmg cantik :).
tak bangga ke?
Aku bukan nak mengutuk, tapi nak beringatkan sikit je lah.. kalau muka tu dah ALLAH kurniakan dengan kelebihan, so hati tu pun mestilah seindah muka, tak gitu ke? tak semua aku kata muka cantik tapi hati tak.. Tak semua, berapa kerat je.. Sebab aku ada je rapat atau kenal dengan orang-orang yang cantik, kacak. Ada tu cantik dalam dan luar, ada yg luar je, dalam tak. Ishh macam tak seronok kan. Kalau muka dah hot, tapi hati tu tak berapa nak ikhlas, ish kawan pon lari kot..
tak malu ke?
Biar keindahan itu dari luar hingga kedalam :) haa ada juga yang duk pilih sakan kawan yang sama macam dia jugaa.. HOT sesaje. ishh.. susah lah kalau macamtu, kita kenalah kawan dengan semua, tak semestinya yang muka biasa tu tak baik, mungin tebih baik dari yang ada paras rupa tu. kan? Jangan menilai manusia dari luaran sahaja.
yelah yelah, kadang-kadang aku kesian tenguk kawan yang biasa tu ditolak tepi, kalau aku kat tempat mereka, mesti sedih, malu semua ada. Sebab aku pernah alami dahulu. Bila kita ditolak ketepi, mulalah rendah diri dan tak confident. Sedangkan meraka pun manusia, nakkan kawan-kawan. Ni tak, yang HOT nak dengan HOT sahaja. ishh apalah.
tak kesian ke?
TAPI ada juga yang hot tu duk mengata pada hit yang lain. hehe erti kata lain jealous lah kan? gini pon ade yekk. tapi, aku ni tak ler bagus sangat, but i friend with all. Ada juga yang aku tak kawan, mungkin bersebab.
Lagi satu, ada juga yang mempergunakan paras rupa itu dengan mengayat orang sekeliling, kemudiannya tinggalkan gituu aje. aihh! ni sudah lebih lah kan. Tak baik tau. KOt ye pon muka tu cantik, kacak, tapi janganlah memainkan perasaan orang sekeliling. HMMM hairan gila aku. macam2 perangai kan? tapi, syukurlah dengan wajah yang dikurniakan oleh-NYA. TAPI jangan pula disalah guna.
biar rupa tak cantik asalkan hati tu ikhlas dan jujur =)
0 comments:
Post a Comment