BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 8 August 2011

KALAU AKU SEORANG LELAKI

Hello dear =)

ye ye, aku tiba-tiba terfikir kalau aku seorang lelaki, apa aku buat. Rosakkan diri dengan dadah, rokok, merempit, mencuri, menghancurkan hati orang lain, etc? Kalau aku jadi lelaki, apa yang aku buat dengan kekuatan lelaki aku ni. Hmm pada keluarga? diri sendiri?  kawan? kekasih hati? 

jom kita godeh kalau lah aku lelaki, boleh ke aku handle dengan gelombang dunia sekarang?

jika aku anak lelaki dalam KELUARGA ;
Sure lah aku akan jadi anak yang baik, soleh. Kalau aku anak first, besar tanggungjawab aku. Takkan aku nak kecewakan harapan keluarga, kan? Aku kena uruskan adik-adik aku yang berderet kat bawah aku. Sebagai abg, sure aku mesti tunjukkan perangai yang baik. Aku kena belajar sampai berjaya, kalau boleh sampai Master, phD apa lagi ??? haha. aku tak nak jadi anak lelaki yang menghancurkan harapan keluarga.
kalau kau seorang lelaki, tak ke bangga?

jika aku seorang lelaki dalam BERKAWAN ;
Sure lah aku jadi kawan yang baik, gila2, tapi amek berat pasal kawan kawan aku semua. Ye lah, kawan ni banyak ragam dia kan? tapi aku tetap akan kuatkan iman, dan pendirian aku. kalau aku lelaki, aku tak boleh cepat terikut cara mereka. Aku tak nak belajar merokok even sekali sebab akan merosakkan diri aku dan masa depan. Kalau aku lelaki, aku akan jadi team member yang the best lah. Tak main khianati2 ni. Tak syok.. Better jadi kawan yang happy go lucky tapi ke arah yang betul. Semua orang akan suka dengan cara kita yang ikhlas dan jujur =)
kalau kau seorang lelaki, tak ke seronok?

jika aku pasangan lelaki kepada KEKASIH HATI ;
haaa part ni mesti panjang berjela-jela aku taip. haha. Kalau aku ni boyfriend lah kan, sure lah aku akan lagi faham perangai buah hati aku tu. sebab perempuan ni mudah terasa. Kalau aku lelaki, aku mesti dengar apa je yang dia nak luahkan kat aku, sebab kat aku jelah dia boleh lepaskan semua sakit dalam hati dia. Aku akan buat semua untuk dia sebab aku tahu dia setia, jujur, sayang pada aku. Kalau aku seorang lelaki, aku akan jadi yang terbaik untuk buah hati aku tu.. Hati dia aku jaga elok-elok sebab aku tahu kalau sekali aku lukakan, sedih dia fuhh mendalam. Kalau aku seorang lelaki, aku tak akan musnahkan harapan dia sebagai kekasih hati aku dan aku akan pujuk dia walaupun aku letih dengan perangai manja atau mengada-ngada. Tapi aku tahu itulah seorang wanita bila dihadapan orang yang dia sayang. Kalau aku seorang lelaki, aku akan cuba fahami diri dia sedalam yang mungkin dan aku tak akan curang pada dia walaupun SEKALI. Kerana hati wanita tulus bila menyayangi seseorang dan akan musnah bila dikecawakan. Aku akan jaga dia dengan sempurna sebab aku tahu dia ikhlas dan jujur dengan aku, sebab nampak ikhlas dari air muka si dia =)
kalau kau seorang lelaki, tak ke kau rasa dihargai?


tapi, itu semua KALAU AKU SEORANG LELAKI. tetapi, ALLAH ciptakan aku sebagai seorang wanita, Alhamdulillah. alangkah bahagianya aku kalau kaum Adam tahu isi hati seorang ayah, ibu, sahabat dan juga kekasih hati. Bukan mudah nak jadi lelaki yang baik, tetapi jangan tersilap langkah. 

Syurur Alhamdulillah saya mempunyai BABA yang penyayang, ABG IPAR yang sporting, HERO(anak buah) yang manja, dan BUAHATI yang penyabar. ILOVEYOU =)


gambar hiasan semata-mata. hee ^_^

2 comments:

a d i n said...

bukan senang menjadi lelaki.

puterizainal said...

yes i know, bukan mudah jadi lelaki...