BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 31 July 2011

view my tumblr. hee  (=



Saturday 30 July 2011

BILA PERPISAHAN ITU TERJADI

PERPISAHAN

Apabila berlakunya perpisahan, disitulah mulanya satu pertemuan baru antara dua insan yang berbeza. Perpisahan suatu yang menyakitkan, menyedihkan, meranakan diri sendiri. Semua insan yang mempunyai orang yang dia sayang tentu tidak ingin akan perpisahan. 

Tetapi bila berlakunya perpisahan antara dua insan yang sayang-menyayangi, dan di situlah kita mula berfikir ke arah negatif. Buruk dipandang pada diri sendiri juga si dia. Mulalah soalan-soalan seperti "apa salah aku? apa lagi yang aku kurang? apa lebih orang lain? kenapa di uji macam ni? puas kau main kan aku? &**%$# mula bermain dalam minda dan hati. 

Emosi tak akan terkawal bila berlaku perpisahan bila kita terlalu mengharapkan kebahagiaan. Kemudian, kita merasakan diri kita ini terlalu rendah, hina, dan lemah dimata si dia juga di mata orang luar. DAN orang di sekeliling mula membuka mulut dan berkata serta mengulas tanpa tahu pangkal hujung. Lebih menyakitkan kepada insan yang ditinggalkan. 

Umum, perpisahan suatu perkara yang paling kita jauhi kerana ia menyedihkan. Dan mengapa pula berlaku perpisahan bila kita mengharapkan hubungan itu berkekalan selamanya? Mungkin pasangan kita ingin melihat kesedihan itu wujud bila kita perlukan kebahagiaan dan memerlukan dia berada di sisi kita setiap waktu. Sebagai manusian, tangisan selepas perpisahan itu suatu lumrah dalam kehidupan. Perpisahan seperti merentap jiwa kita yang selama ini kita menjaga dengan penuh kasih sayang. 

Bila terpisah antara dua insan, ia menunjukkan bahawa tiada lagi rasa sayang dan tiada kebahagiaan di dalam hubungan itu malah hanya inginkankesedihan berlaku didalam hubungan yang dahulunya mekar.

TANGISAN

Jangan terlalu  melayan kesedihan apabila berpisah dengan orang yang kite terlalu sayang kerana tangisan itu suatu kekalahan di dalam diri kita. Apabila melihat kita kalah dia akan merasa kemenangan ada didalam tangannya. Setiap titisan air mata itu menunjukkan bertapa lemahnya diri kita yang ditinggalkan tanpa belas kasihan dan tanpa memikirkan hati dan perasaan kita. dengan tangisan juga akan mereka puas serta bergembira. Mungkin dia juga sedih, tetapi mengapa perpisahan itu berlaku jika tidak ingin akan kesedihan?

Tidak salah jika kita mengambil masa untuk sedih dengan apa yang berlaku dengan menangis seorang diri didalam bilik sambil mendengar lagu dan juga melihat gambar semasa hubungan itu masih indah, terimbas semua perkara yang kita sama-sama lakukan semasa hati salang menyayangi. Tetapi kini hanya kepingan gambar juga kepingan hati yang hancur. Mengangis itu ada had juga, jangan terlalu melayan perasaan sedih sehingga kesihatan kita terganggu.  Dan jangan tunjukkan kesedihan itu kepada sedia, seboleh-bolehnya ceriakan diri dihadapan dia supaya dia tahu bahawa dia tidak menang dengan keputusan yang dibuat. 

TABAH

Menerima perpisahan itu dengan penuh ketabahan dan reda' dengan apa yang berlaku. Segalanya ada hikmah di sebalik tangisan. Mungkin sesetengah yang berpisah lebih bahagia dan terlepas dari kekusutan selama ini. Mungkin juga  hati menjadi lebih tenang dan dapat apa yang selama ini diinginkan. Semua yang berlaku ada hikmahnya.

Allah menemukan kita dengan seorang insan, belum tentu dia adalah jodoh kita, mungin untuk mengajar kita supaya lebih matang dan bijak menjaga diri semasa bersama. Mungkin ALLAH pisahkan kita selepas kita menyayangi insan itu kerana ALLAH ingin kita depertemukan dengan is=nsan yang lebh baik dan ikhlas dan itu baru dinamakan jodoh. 

Jadikan perpisahan itu sebagai satu pengajaran dan tabah untuk menghadapi dugaan Tuhan. Jangan terlalu emosi dengan ketentuan-NYA. ALLAH akan jodohkan kita dengan insan yang layak dengan kita. InsyaAllah. =)

-melangkah jauh dari kesepian dan jangan tangisi apa yang berlaku-

HANDPHONE

lagi-lagi handphone. sikit-sikit update handphone. hishh! rimas lah, lawa2 pulak tu. pehh kalau lah put kaya, put BELI SAMPAI PUAS. haha. yela, dah macam2 model sekarang ni, jadi gila dibuatnya. duk telan-telan air liur je sebab tak dapat beli, yelaa, mane ade duit nak beli canggih2 ni, put tak kayo pong. nghehee =D

Sakit mata oh tengok segala jenis handphone, rasa nak BAKAR semua tu.. Cuba fikir, kita beli phone baru bulan ni, next month keluar lagi, harga macam biasa bro, mahal kan, tapi lagi bagus, cun! ehh, amboii.. geram nye akuu. haiii..

Family put bukan jenis keluar baru, beli, beli beli.. tak.. BABA kata, asalkan boleh CALL, MESSAGE sudah. tak payah nak lebih-lebih. hihi.. kan JIMAT.. KALAU MACAMTU, 3310 pon boleh, AHHAHHAHA..hahaa.. tapi nafsu muda.. nakkkkk sesangat phone macam2 tu.. memang juling mata kalau jalan kat shopping complex. hihi.. 

Dulu, put gila dengan phone SONY, macam nak makan-makan semua phone sony tu. aiseyy. haha, 
Then suka pulak BLACKBERRY, apa ape BB? haaa... duduk mengusha tak habis-habis... habis air liur aku duk telan je. hihik... olehkerana BB tu terlalu mahal, byebye je eh, tunggu sampai habis belajar pun belum tentu dapat, kecuali BABA belikan.. AUUUUMMM! haha

iPhone? ermm takpelah, tak layak untuk orang bernama Aziana Puteri. tak sekaya tu nak beli iPhone-iPhone ni. haha

La ni, put tengah gila dengan samsung.. berbintang-bintang mata put tengok phone galaxy-galaxy ni... grrrrr! segala jenis GALAXY put nak. hahaha.. baik bukak kilang je puteri.. tengah usha phone baru lah. tapi kalau baba mama tahu, ishh mesti kena marah sebab baru je beli phone =( TAPI NAK JUGAK! arhh!

cepat raya, nak kumpul duit, nak beli. NAK! ok fullstop. tolong lah berhenti dari mengupgrade handphone. JIWAKACAU beb. =p


Wednesday 20 July 2011

HATI

HI, hmm semua orang dalam dunia ni ada hati dan perasaan. Berbeza-beza hati dan perasaan seseorang tu, keras macam mana pun orangnya, bila hati terluka, perasaan pun jadi sedih. Kesian hati bila disakiti atau dilukai. Tak kiralah dari adik-beradik, sahabat, mahupun dari pasangan kita. Lagi-lagi dengan orang yang kita telah berikan sayang dan percaya. Bila hati itu disakiti, perasann mula bercampur baur. Dari situ mulalah buruk sangka, iri hati, kecil hati selalu berlaku. 

Jangan lah permainkan hati dan perasaan seseorang, suatu hari nanti akan terjadi pada diri sendiri. Bukan mendoakan, tapi peringatan. 

Entah lah eh, geram sangat bila hati ni kena macam ni. Rasa macam orang yang buat tu TAK ADA HATI.. Beragak dan beringat lah sikit bila nak buat sesuatu atau berkata sesuatu. Tak semua insan di dunia ini boleh menerima setiap cara kita dan kita ni janganlah terlalu confident yang kita ni 100% betul dengan cara kita. Manusia tiada sorang pun yang sempurna walaupun dia rasa dia terlalu sempurna.

Tak boleh nak luahkan dengan kata-kata bertapa sakitnya bila hati terluka dengan orang yang kita terlalu percaya dan sayang. Tapi aku REDA' mungkin ada hikmah dengan apa yang aku terima. Hanya Allah SWT yang tahu perjalanan hidup kita. Salam


Thursday 14 July 2011

KAU PATUT TAHU

bila yang tersayang berlaku curang sedangkan si dia setia dengan cinta dan janji-sigh 



PERASAAN WANITA JANGAN KAU MAIN KAN. Suatu hari nanti kau akan jatuh jua akhirnya, kerana apa yang kita lakukan pada seseorang akan dibalas balik.. Tak kiralah baik ataupun tidak. Bukan aku mendoakan, tapi itu adalah hakikat. Puas sudah aku mendidik diri aku supaya lebih matang, lebih bijak untuk menjaga perasaan aku dan perasaan orang lain. tapi akhirnya aku dipijak-pijak. KAU TAHU BERTAPA SEKSA HIDUP AKU? (jangan terasa sangat)

Ada ke perbezaan antara hati yang hancur dan hati yang terluka. Dalam bahasa aslinya, kedua istilah ini sama2 menggambarkan kondisi orang yg tertekan atau stress akan tetapi menghasilkan sikap dan respon yg berbeza.

Nak diikutkan, jangan lah kita wahai wanita terlalu tunduk dengan seseorang yang belum tentu dia adalah pasangan kita. Kalau tidak, bakal hancurlah hidup kita ni. Kita sebagai kaum wanita perlu ada semangat sendiri, ada kekuatan sendiri. Janganlah mudah sangat tercair kata dengan sang kekasih, mungkin dia akan hancurkan hati kita. Setelah kita beri sayang, cinta, percaya dan segala-galanya, tak mustahil dia akan pergi meninggalkan kita atau berlaku curang. Kerana, dia bukan suami kita lagi. Kalau suami tu lainlahkan. Dah ada janji semua. Ini yang baru-baru bercinta. Lihat sahaja orang di sekeliling kita, ada yang bertahun-tahun bercinta, akhirnya putus juga, kerana? tak ada jodoh katanya. Dalam bertahun itu, berapa banyak masa, duit kita perabihkan? bila difikir-fikir, rugi dan menyesal itu akan datang. kerana aku pernah merasa begitu. terlalu seksa..

Tak dinafikan, bila mula bercinta, semuanya indah. ada yang berjanji setia, ada yang berikan hadiah setiap hari, ada yang sanggup menunggu temannya walaupun berjam-jam. tapi lama-kelamaan, kita baru sedar diri sebenar pasangan kita. Baik dan buruknya. Tapi, bila hati dah sayang, yg buruk pun jadi baik.. Mana kita nak nampak bukan? manusia.. bila sudah lama, mulalah salah faham berlaku, hal yang kecil dibesar-besarkan. Yang si dia ego tak terkata, yang si gadis panas baran orang nya. Lain-lain perangai manusia, mulalah bersedih, tak bertegur sapa, sedangkan hal itu hanye sekecil pasir di lautan, tapi seperti besar batu yang dipukul ombak, seperti itulah perasaan gadis bila dilakukan sebegitu. 

Kadang-kala, seronok melihat pasangan yang bahagia sentiasa, tiada masalah, tiada bertegang urat. mungkin masing-masing memahami perasaan, memahami diri pasangan, dan berfikiran terbuka. Kenapa tidak terjadi begitu kepada aku atau gadis yang senasib? Berfikiran terbuka itu penting perhubungan. Kadang-kala aku serik untuk bercinta selepas melihat diri aku, rakan-rakan dilakukan begitu.  




Aku bersyukur dikurniakan seorang yang terlalu memahami diri aku.

Wednesday 13 July 2011

PENUH PENGETIAN

DI PENGHUJUNNYA - iqa


Bila setiap tutur kata yang kita ucapkan
Lebih menyakitkan sayang
Tiada akhirnya bertengkar dalam kecewa
Mungkin perasaan cinta yang dulu di bangga
Kini sudah hilang sayang

Janganlah cuba memaksa hati yang tawar
Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura-pura masih bersatu
Sedangkan dua
Muka bertentangan
Suatu penyeksaan
Tak guna lagi
Untuk ku terus
Berpaut janji
Yang telah lupus

Perjalanan kita
Mungkin sudah tiba
Di penghujungnya
Mungkin perasaan cinta yang dulu di bangga
Kini sudah hilang sayang
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar
Ku doakanmu dapat ketemu seorang insan yang lebih baik dariku
Doakan aku dapat ketemu cinta yang lain untuk menemani hidup
Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura-pura masih bersatu
Sedangkan dua
Muka bertentangan
Suatu penyeksaan
Tak guna lagi
Untuk ku terus
Berpaut janji
Yang telah lupus
Perjalanan kita
Mungkin sudah tiba
Di penghujungnya






Tuesday 12 July 2011

S.E.D.I.H




LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA


air mata wanita sangat berharga apabila ia mengalir


SEDIH>MENENGIS, antara sebab utama manusia sering menangis kerana aku, dia, mereka sedih yang mendalam di dalam hati. Ia menguasai hati dan fikiran kita hingga mengalirlah air mata mencurah-curah banyaknyaa. kadang-kala, merasa sedih adalah perkara yang wajar dan ia adalah sifat semulajadi aku dan semua insan. tak lupa jugak bila rasa sedih timbul oleh berbagai-bagai sebab seperti kehilangan sesuatu, tidak mendapat apa yang diinginkan, ditolak seseorang, merasa gagal terhadap diri sendiri dan beribu sebab mengapa manusia sedih dan menangis.

mungin menangis kerana kehilangan, ditinggalkan, penyeksaan, dugaan yang diberi oleh Allah yang maha Esa, dipergunakan, diperkutukkan, dihina, diperlekehkan pelbagai lagi. semua terdapat dalam hidup aku kenapa aku sedih.....

hmm hidup aku tak habis-habis sedih. bukan maksudnya takada yang bahagia. ada tu ada. tapi sedih lebih banyak dari bahagia. kadang-kala aku kecewa dengan hidup aku. ada sahaja yang tak kena sini sana. puas sudah aku cubaa perbetulkan diri aku, tetap juga salah setiap langkah.. mungkin aku belum matang lagi dalam hal sebegini.. aku masih perlukan bimbingan. so, bukanlah aku ni sudah matang dengan jayanya... 

aku ni degil orangnya, susah benar nak dengar kata.. puas sudah keluargaku nasihatkan aku, marah dan semua.. telingaa ni dah penuh taik kena tegur, tapi salah yang sama juga aku lakukan. bukan aku tidak berubah, tapi aku akan mengambil jangka masa yang lama.. pelik benar peragai aku ni. sedih juga aku melihat bila mama baba aku menegur, menasihat, memarahi aku. faham benar perasaan orang tua kita bila dia menegur anak-anaknya untuk berubah menjadi lebih baik dah berjaya. aku berubah tapi dalam keadaan lambat. tapi aku sedar yang aku harus berubah.. InsyaAllah.

sedih dengan keadaan aku yang entah apa2 ni. sedih sebab orang yang belum tentu sedih kerana kita. janganlah membazir air mata dengan benda yang tidak penting. tapi AIR MATA AKU NI SELALU SAJA KELUAR. hati aku cepat tersentuh bila sesuatu berlaku, tak kira didepan mata mahupun tidak. perkara paling aku tak suka ialah menangis, kerana hari aku akan menjadi tak ceria seperti yang aku inginkan bila bangun dari tidur. bila aku nangis, aku akan pening kepala... satu kelemahan aku :( but nobody will know if i cry even i laugh too much when i'm on chatting. bila aku sedih, aku akan cari dan buat apa sahaja untuk buat aku rasa tenang walaupun hati aku hancorr peroii katanyaa.. memang kadang kala luar batasan, tapi aku nak kan senyuman dan ketawa riang walaupun hanya di laman siber. 

sebab diri aku selalu sedih aku coretkan di blog aku ini.... ='(

Friday 8 July 2011

GnG itu bermakna





itu dia G_n_G saya! yeahh :)

p/s : gambar ni masa mudaa dulu. ahaii (;

Bergini mulanyaa, kami ni sukaa benar snap gambar, grouping and gossiping and everything yang teramat seronok! one day, some of us mereka satu nama dan terbitlah G_n_G crew.. G is full of meaning tauu. bukan Gatal or Gedik ye. half of them berkata bergituu. cemburu agaknya. kesian =)
                               
kami ni berlapan pada awal nya. tapi yang kekal hanyalah TUJUH. harap tidak berkurang lagi. kami berkongsi segala-galanya. masing-masing punyaa perinsip tersendiri, gaya, fikiran, cara, bahasa, dan cara hidup tersendiri. kami masing-masing berlainan. tapi kami jadikan SATU. tergigit lidah itu suatu perkara yang biasa. of course ada yang tersalah kata, tersilap pandang, terlepas kata ataupun terluka hati dengan perangai yang berbeda. tapi, semangat kawan itu kuat. kami tetap bersama walaupun kini masing-masing sudah melangkah ke alam Universiti, dan berjauhan. aku yang tercampak jauh dari mereka, susah nak jumpaa, tapi, aku tetap sayang mereka.. :) 



 ini MIA

ini WEEDA

 ini BELLA


ini DAYA

 ini SHEPA

 ini SCHA

ini PUTERI

how beautiful when i have bestfriend.


bestfriend is everywhere you go (;

hi peeps! sure u all ada bestfriend kan? seronok sangat bila ada bestfriend. tak kiralah boy or girl. -girlfriend or boyfriend- tak semestinya bila berkawan rapat dengan berlainan jantina, bermaksud bercouple [?] wake up ok (; 

bestfriend aku bukan seorang, tetapi beberapa orang. tiap mana aku ada, mesti aku akan ada bestfriend. orang selalu kata bestfriend itu SATU, tapi aku tak. walaupun ramai, mereka tetap aku sayang (;

dari aku sekolah rendah - menengah - matrikulasi - hinggalah kini di kolej. Alhamdulillah persahabatan kami kekal. aku harap kawan aku semakin bertambah, bukan berkurang (; semua inginkan yang terbaik untuk kawannya. friends i love you babes - xoxo


bila berkawan ni, kenalah banyak bersabar, takkan dia nak ikut kata dia sahajaa kan? dan takkan lah pula kita ni nak duduk dengar cakap diaa. kawan untuk belajar bersama, untuk berkongsi masalah bila berjauhan family. kawan jangan makan kawan. bila buat macam tu, suatu hari nanti, terkana pada diri sendiri. padan dengan muka kau. ;)




nak tau tak, kawan ni ada pelbagai bentuknya tau.. so, kita perlu berhati-hati supaya tidak terkena, jum kita tenguk apa ciri-ciri dia okey (;

first ialah kawan yang hipokrit, dia akan berkawan dengan kita sebab kepentingan peribadi semata-mata -.- dan tidak sanggup tolong kita kalau kita tengah susah. euww sangatlah tak bagus perangai macam tu. lebih baik tak payah ada kawan dari dapat kawan macam ini.
second kawan yang pengampu, dia akan bersetuju dalam semua perkara yang kamu lakukan itu (whichis baik or buruk). Bila berhadapan dengan kita, dia akan puji-puji. ewahh, tetapi kat belakang kita, nauzubillah, mengkhianati dan kutuk gilaa dasyat.
third kawan yang membawamu semakin jauh dari Allah, dimana dia membawa anda ke arah kemaksiatan dan menambah dosa kita didunia. cukuplah dosa kita yang tak termampu kita nak tampung ni kan? tak payah nak kawan dengan manusia sebegitu rupaa.
next kawan yang duniawi, si kawan ni sentiasa mengajak kitaa untuk 'melepak' tak tentu arah, mengabaikan pelajaran kita, pergi berjoli sampai tak ingat dunia atau ketempat yang tidak sepatutnya dan melalaikan. jauhi lah mereka. hmm. 
terakhir ialah kawan yang kedekut dan tamak, kawan kita tu tersangatlah tamak untuk memberi apa apa pun pada kita TETAPI dia pula yang minta kita melebih-lebih atau ayat manisnyaa ialah pentingkan diri sendiri. faham? biadap perangai kalau macamtu, jangan buat lagi okay adik =)



kenapa title blog aku i'm not a fake girl?









Hi babes, now, aku nak lah bg reason kenapa aku memberi title blog kesayangan aku ni "I'm Not A Fake Girl" . sebab aku mula rasa tak selesa bila dipandang sebagai gadis yang fake. apa perasaan kamu semua bila seseorang mahupun ramai yang mengatakan diri kamu fake (?) sukakah?bahagiakah? aku seorang gadis yang biasa. setiap ciri-ciri aku ada pada setiap kaum wanita yang lain.


Jangan mudah mengutuk seseorang jika kamu tidak mengenalinya, kerana orang yang kamu mengutuk itu tak semestinya menerima kutukan yang hebat kamu bagi. adakah itu benar ataupun salah yang kamu dan sahabat handai kamu kutuk seseorang? silap haribulan kamu yang mendapat dosa.


kenapa perlu kata aku fake sedangkan kamu tak mengenali siapa Aziana Puteri yang sebenar. Luaran tidak sama dengan dalaman. mungkin luaran nampk seperti ; cool, sempoi, ganas, speak out, too friendly, or everything. mungkin juga kerana aku sekejap pakai tudung dan kemudian terbaglah tudung aku. itu tak bermaksud aku FAKE okey sayang. jagalah sikit tutur kata mu itu sebelum aku meletup.


aku tak lah kata yang aku ni baik sangat tak mengata orang.. adalaa jugakk.. tapi beragak agak lah sikit. masing masing ada perasaan, hati, emosi. kalau engkau perempuan, mestilah tahu mcmanakan. kecuali perempuan yang tiada perasaan sahaja tak tahu mcmana perasaan perempuan bila dikata, dikutuk dan sebagainya.


pengajarannya, berhati-hati bila meluahkan sesuatu yang tidak puas hati. chill beb, tak pon chilli beb (;

Thursday 7 July 2011

bila aku mula memBLOGGINGkan diri







First Assalamualaikum. aku baru nak memblogkan diri kat sini. harapmaklumlah lambat sikit mengUP-TO-DATE kan diri dengan laman laman sebegini. melihat ramai juga ye kawan kawan yang melayan blog, terasa seronok. So boleh lah aku share everything kat dalam blog aku. mungkin juga aku boleh lepaskan segala tekanan di dalam dada aku.

Lupa pula, aku Puteri. itu nama betul aku. nama tak betul pun Puteri. Aziana Puteri aku diberi nama oleh mama dan baba aku. aku hargainya kerana maksud nama aku ialah "perhiasan puteri" TAPI, aku bukan lah perhiasan semata-mata. mungkin itu sahaja yang aku perlu perkenalkan diri aku.


Thanks babes (;