PERPISAHAN
Apabila berlakunya perpisahan, disitulah mulanya satu pertemuan baru antara dua insan yang berbeza. Perpisahan suatu yang menyakitkan, menyedihkan, meranakan diri sendiri. Semua insan yang mempunyai orang yang dia sayang tentu tidak ingin akan perpisahan.
Tetapi bila berlakunya perpisahan antara dua insan yang sayang-menyayangi, dan di situlah kita mula berfikir ke arah negatif. Buruk dipandang pada diri sendiri juga si dia. Mulalah soalan-soalan seperti "apa salah aku? apa lagi yang aku kurang? apa lebih orang lain? kenapa di uji macam ni? puas kau main kan aku? &**%$# mula bermain dalam minda dan hati.
Emosi tak akan terkawal bila berlaku perpisahan bila kita terlalu mengharapkan kebahagiaan. Kemudian, kita merasakan diri kita ini terlalu rendah, hina, dan lemah dimata si dia juga di mata orang luar. DAN orang di sekeliling mula membuka mulut dan berkata serta mengulas tanpa tahu pangkal hujung. Lebih menyakitkan kepada insan yang ditinggalkan.
Umum, perpisahan suatu perkara yang paling kita jauhi kerana ia menyedihkan. Dan mengapa pula berlaku perpisahan bila kita mengharapkan hubungan itu berkekalan selamanya? Mungkin pasangan kita ingin melihat kesedihan itu wujud bila kita perlukan kebahagiaan dan memerlukan dia berada di sisi kita setiap waktu. Sebagai manusian, tangisan selepas perpisahan itu suatu lumrah dalam kehidupan. Perpisahan seperti merentap jiwa kita yang selama ini kita menjaga dengan penuh kasih sayang.
Bila terpisah antara dua insan, ia menunjukkan bahawa tiada lagi rasa sayang dan tiada kebahagiaan di dalam hubungan itu malah hanya inginkankesedihan berlaku didalam hubungan yang dahulunya mekar.
TANGISAN
Jangan terlalu melayan kesedihan apabila berpisah dengan orang yang kite terlalu sayang kerana tangisan itu suatu kekalahan di dalam diri kita. Apabila melihat kita kalah dia akan merasa kemenangan ada didalam tangannya. Setiap titisan air mata itu menunjukkan bertapa lemahnya diri kita yang ditinggalkan tanpa belas kasihan dan tanpa memikirkan hati dan perasaan kita. dengan tangisan juga akan mereka puas serta bergembira. Mungkin dia juga sedih, tetapi mengapa perpisahan itu berlaku jika tidak ingin akan kesedihan?
Tidak salah jika kita mengambil masa untuk sedih dengan apa yang berlaku dengan menangis seorang diri didalam bilik sambil mendengar lagu dan juga melihat gambar semasa hubungan itu masih indah, terimbas semua perkara yang kita sama-sama lakukan semasa hati salang menyayangi. Tetapi kini hanya kepingan gambar juga kepingan hati yang hancur. Mengangis itu ada had juga, jangan terlalu melayan perasaan sedih sehingga kesihatan kita terganggu. Dan jangan tunjukkan kesedihan itu kepada sedia, seboleh-bolehnya ceriakan diri dihadapan dia supaya dia tahu bahawa dia tidak menang dengan keputusan yang dibuat.
TABAH
Menerima perpisahan itu dengan penuh ketabahan dan reda' dengan apa yang berlaku. Segalanya ada hikmah di sebalik tangisan. Mungkin sesetengah yang berpisah lebih bahagia dan terlepas dari kekusutan selama ini. Mungkin juga hati menjadi lebih tenang dan dapat apa yang selama ini diinginkan. Semua yang berlaku ada hikmahnya.
Allah menemukan kita dengan seorang insan, belum tentu dia adalah jodoh kita, mungin untuk mengajar kita supaya lebih matang dan bijak menjaga diri semasa bersama. Mungkin ALLAH pisahkan kita selepas kita menyayangi insan itu kerana ALLAH ingin kita depertemukan dengan is=nsan yang lebh baik dan ikhlas dan itu baru dinamakan jodoh.
Jadikan perpisahan itu sebagai satu pengajaran dan tabah untuk menghadapi dugaan Tuhan. Jangan terlalu emosi dengan ketentuan-NYA. ALLAH akan jodohkan kita dengan insan yang layak dengan kita. InsyaAllah. =)
-melangkah jauh dari kesepian dan jangan tangisi apa yang berlaku-
0 comments:
Post a Comment