LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA
air mata wanita sangat berharga apabila ia mengalir
SEDIH>MENENGIS, antara sebab utama manusia sering menangis kerana aku, dia, mereka sedih yang mendalam di dalam hati. Ia menguasai hati dan fikiran kita hingga mengalirlah air mata mencurah-curah banyaknyaa. kadang-kala, merasa sedih adalah perkara yang wajar dan ia adalah sifat semulajadi aku dan semua insan. tak lupa jugak bila rasa sedih timbul oleh berbagai-bagai sebab seperti kehilangan sesuatu, tidak mendapat apa yang diinginkan, ditolak seseorang, merasa gagal terhadap diri sendiri dan beribu sebab mengapa manusia sedih dan menangis.
mungin menangis kerana kehilangan, ditinggalkan, penyeksaan, dugaan yang diberi oleh Allah yang maha Esa, dipergunakan, diperkutukkan, dihina, diperlekehkan pelbagai lagi. semua terdapat dalam hidup aku kenapa aku sedih.....
hmm hidup aku tak habis-habis sedih. bukan maksudnya takada yang bahagia. ada tu ada. tapi sedih lebih banyak dari bahagia. kadang-kala aku kecewa dengan hidup aku. ada sahaja yang tak kena sini sana. puas sudah aku cubaa perbetulkan diri aku, tetap juga salah setiap langkah.. mungkin aku belum matang lagi dalam hal sebegini.. aku masih perlukan bimbingan. so, bukanlah aku ni sudah matang dengan jayanya...
aku ni degil orangnya, susah benar nak dengar kata.. puas sudah keluargaku nasihatkan aku, marah dan semua.. telingaa ni dah penuh taik kena tegur, tapi salah yang sama juga aku lakukan. bukan aku tidak berubah, tapi aku akan mengambil jangka masa yang lama.. pelik benar peragai aku ni. sedih juga aku melihat bila mama baba aku menegur, menasihat, memarahi aku. faham benar perasaan orang tua kita bila dia menegur anak-anaknya untuk berubah menjadi lebih baik dah berjaya. aku berubah tapi dalam keadaan lambat. tapi aku sedar yang aku harus berubah.. InsyaAllah.
sedih dengan keadaan aku yang entah apa2 ni. sedih sebab orang yang belum tentu sedih kerana kita. janganlah membazir air mata dengan benda yang tidak penting. tapi AIR MATA AKU NI SELALU SAJA KELUAR. hati aku cepat tersentuh bila sesuatu berlaku, tak kira didepan mata mahupun tidak. perkara paling aku tak suka ialah menangis, kerana hari aku akan menjadi tak ceria seperti yang aku inginkan bila bangun dari tidur. bila aku nangis, aku akan pening kepala... satu kelemahan aku :( but nobody will know if i cry even i laugh too much when i'm on chatting. bila aku sedih, aku akan cari dan buat apa sahaja untuk buat aku rasa tenang walaupun hati aku hancorr peroii katanyaa.. memang kadang kala luar batasan, tapi aku nak kan senyuman dan ketawa riang walaupun hanya di laman siber.
sebab diri aku selalu sedih aku coretkan di blog aku ini.... ='(
0 comments:
Post a Comment