BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 14 July 2011

KAU PATUT TAHU

bila yang tersayang berlaku curang sedangkan si dia setia dengan cinta dan janji-sigh 



PERASAAN WANITA JANGAN KAU MAIN KAN. Suatu hari nanti kau akan jatuh jua akhirnya, kerana apa yang kita lakukan pada seseorang akan dibalas balik.. Tak kiralah baik ataupun tidak. Bukan aku mendoakan, tapi itu adalah hakikat. Puas sudah aku mendidik diri aku supaya lebih matang, lebih bijak untuk menjaga perasaan aku dan perasaan orang lain. tapi akhirnya aku dipijak-pijak. KAU TAHU BERTAPA SEKSA HIDUP AKU? (jangan terasa sangat)

Ada ke perbezaan antara hati yang hancur dan hati yang terluka. Dalam bahasa aslinya, kedua istilah ini sama2 menggambarkan kondisi orang yg tertekan atau stress akan tetapi menghasilkan sikap dan respon yg berbeza.

Nak diikutkan, jangan lah kita wahai wanita terlalu tunduk dengan seseorang yang belum tentu dia adalah pasangan kita. Kalau tidak, bakal hancurlah hidup kita ni. Kita sebagai kaum wanita perlu ada semangat sendiri, ada kekuatan sendiri. Janganlah mudah sangat tercair kata dengan sang kekasih, mungkin dia akan hancurkan hati kita. Setelah kita beri sayang, cinta, percaya dan segala-galanya, tak mustahil dia akan pergi meninggalkan kita atau berlaku curang. Kerana, dia bukan suami kita lagi. Kalau suami tu lainlahkan. Dah ada janji semua. Ini yang baru-baru bercinta. Lihat sahaja orang di sekeliling kita, ada yang bertahun-tahun bercinta, akhirnya putus juga, kerana? tak ada jodoh katanya. Dalam bertahun itu, berapa banyak masa, duit kita perabihkan? bila difikir-fikir, rugi dan menyesal itu akan datang. kerana aku pernah merasa begitu. terlalu seksa..

Tak dinafikan, bila mula bercinta, semuanya indah. ada yang berjanji setia, ada yang berikan hadiah setiap hari, ada yang sanggup menunggu temannya walaupun berjam-jam. tapi lama-kelamaan, kita baru sedar diri sebenar pasangan kita. Baik dan buruknya. Tapi, bila hati dah sayang, yg buruk pun jadi baik.. Mana kita nak nampak bukan? manusia.. bila sudah lama, mulalah salah faham berlaku, hal yang kecil dibesar-besarkan. Yang si dia ego tak terkata, yang si gadis panas baran orang nya. Lain-lain perangai manusia, mulalah bersedih, tak bertegur sapa, sedangkan hal itu hanye sekecil pasir di lautan, tapi seperti besar batu yang dipukul ombak, seperti itulah perasaan gadis bila dilakukan sebegitu. 

Kadang-kala, seronok melihat pasangan yang bahagia sentiasa, tiada masalah, tiada bertegang urat. mungkin masing-masing memahami perasaan, memahami diri pasangan, dan berfikiran terbuka. Kenapa tidak terjadi begitu kepada aku atau gadis yang senasib? Berfikiran terbuka itu penting perhubungan. Kadang-kala aku serik untuk bercinta selepas melihat diri aku, rakan-rakan dilakukan begitu.  




Aku bersyukur dikurniakan seorang yang terlalu memahami diri aku.

0 comments: