BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 30 July 2012

Mandi selepas Asar dibulan Ramadhan

Assalamualaikum Ramadhan :)


Aku tertanya tanya makruh ke kalau mandi selepas waktu Asar di bulan Ramadhan? Ada teman teman aku kata Makruh hukumnya mandi selepas Asar dan boleh jatuh ke Haram kalau buat selalu. Isshhh! Aku risau kalau bab Haram Haram ni, bukan boleh buat main. Kalau nak ikutkan logik akal, mandi sekadar melegakan bahang dan rasa tidak selesa badan bukan maksud memasukkan air atau apa2 dalam rongga yang memang sah sah tak dibenarkan. 



Mandi maksud aku hilangkan lekit lekit badan. Yelah, ada kita ni sekolah lagi, ada yang student U, bekerja pastilah badan melekit, rimas, lemas tak selesa. Aku kurang selesa kalau tak mandi bila rasa tak selesa kecuali aku penat gila, memang aku tombang tidur.



Bila kawan kata Makruh dan boleh jatuh ke Haram, aku cepat-cepat Google apa hukumnya mandi selepas waktu Asar dalam Bulan Ramadhan. Kot-kot aku puasa ni memanjang Makruh, sedih sungguh. Ya, aku baru nak ambil tahu sekarang sebab sebelum ni, keluarga aku kata "jgn g minum air masa mandi sudah lerr" So, oleh sebab aku gigih menGoogle tentang ni, aku terjumpa artikel ni.



Dalam blog ni, adalah hamba Allah tanya soalan macam aku nak tanya. Jawapannya, Tak Makruh mandi selepas Asar masa puasa sebab Nabi SAW dan sahabat baginda pun bekumur dan mambasahkan kepala hingga ke tubuh badan untuk hilangkan rasa kepanasan.



ALLAH tidak pernah menyusahkan kita dalam Islam, malah memudahkan kita untuk melakukan perintah-Nya supaya kita boleh menjalani Ramadhan dengan sebaik yang mungkin.



Malaysia ni, semakin hari semakin panas. Mandi untuk hilangkan lesu badan, letih, melekit, melengas tak jatuh kepada Makruh kawan-kawan. Tapi ingat, jangan ekau kumur sambil telan air paip tu udah lerr. Memanglah BATAL terus.

Pada kawan-kawan yang bagitahu kat aku tu, Terima Kasih, at least kita Google, and ada silap, boleh betulkan.



Salam Ramadhan Sahabat :)

4 comments:

emahkhuzaimah said...

wewiitt!
sudah kembali ke blogger nampaknya.
haha :D

puterizainal said...

haha. setelah kian lama menyepi. belog pulak lah hihi :P

emahkhuzaimah said...

hoho. sama lah kita. bosan punya pasal. :P

Unknown said...

Tapi pahala puasa x de kurang,kan?☺😊😃😄